HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
Rikaz/ Galian
Wang Simpanan
Pendapatan
Emas & Perak
Ternakan
Saham
Pertanian
Peniagaan
SYARAT WAJIB ZAKAT :
-Beragama Islam
-Merdeka
-Sempurna Milik
-Cukup Haul
-Cukup Nisab
Zakat Wang Simpanan
Definisi
Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa,tetap,semasa,saham,amanah serta lain-lain simpanan.
Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai masa 85 gram emas
Sekiranya harga 1 gram emas adalah RM 35.29,maka harga bagi 85 gram emas adalah RM 3,000.00 iaitu nisab wang simpanan.
Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5 % dari jumlah wang.Sekiranya mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00,maka zakat yang wajib dikeluarkan adalah RM 10,000 darabkan dengan 2.5% sama dengan RM250.00
Pengiraan Simpanan Tidak Tetap (Keluar @ Masuk)
Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul.
Pemilik kepada beberapa akaun simpanan,baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarabkan dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat walaupun sekiranya dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendah nya tidak mencukupi nisab.
Sekiranya dicampurkan kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab,maka tidak diwajibkan zakat.
Contoh 1:Simpanan dalam satu akaun.
Tarikh Masuk/ Dividen Keluar Keluar
1/1/2005 2000.00 2000.00
5/3/2005 8000.00 10,000.00
25/10/2005 150.00 (faedah) 4,500.00 5650.00
15/3/2006 500.00 6150.00
10/4/2006 250.00 5900.00
Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras iaitu pada 5 Mac 2005-5 Mac 2006 (Tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
Zakat yang wajib dikeluarkan adalah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5650.00-RM 150.00(faedah) darab dengan 2.5% sama dengan RM 137.50(diandaikan kadar nisab adalah pada RM 5300,00).
Contoh 2: Simpanan beberapa akaun
Akaun 1
Tarikh Masuk/Dividen Keluar Keluar
2/3/2005 7000.00
28/7/2005 500.00 6500.00
30/12/2005 300.00 6800.00
15/3/2006 6400.00 400.00 12800.00
2/4/2006 2000.00 14800.00
Akaun 2
Tarikh Masuk /Dividen Keluar Keluar
1/3/2005 7500.00 7500.00
28/11/2005 4500.00 3000.00
25/3/2006 1500.00 4500.00
2/3/2006 100.00 4600.00
Tempoh haul bermula pada 1 Mac 2005
Zakat yang diwajibkan adalah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun didarabkan dengan 2.5%).
RM) 6500.00 tambah dengan RM 300.00) didarabkan dengan 2.5% = RM 237.00
Pengiraan simpanan tetap (fixed deposite)
Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan.
Wajib dikeluarkan 2.5 % daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.
Contoh pengiraan:Khairul mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 5000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun.Maka Zakat nya adalah RM 5000.00 darab dengan 2.5 % = RM 1250.00.
Zakat Pendapatan
Definisi Gaji / Pendapatan
Gaji adalah bayarann yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhimatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuklah juga elaun serta imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhimatan professional.
Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa.Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Keperluan asas sebenar pada tahun semasa:
1.a. Sara diri – RM 8000.00
b.Isteri -RM 3000.00 darab Bilangan Isteri
c.Anak -RM 1000.00 darab Bilangan Anak
d.Sumbangan kepada Ibu Bapa
2.Perubatan (yang dibelanjakan dalam tahun taksiran)
3.Pendidikan (yang diberlanjakan dalam tahun taksiran)
Contoh Pengiraan:
A.Pendapatan
Gaji : RM 36,000.00
Elaun : RM 6,200.00
Bonus : RM 4,000.00
Jumlah Pendapatan : RM46,200.00
B.Perbelanjaan Penolakan
1.a. Saraan Diri : RM8,000.00
b. Isteri : RM3,000.00
c.Anak Rm 1000.00 darab 4 orang : RM4,000.00
2. Saraan ibu dan Bapa : RM2,400.00
RM200.00 darab 12 bulan
3 Perubatan anak : RM2,400.00
RM 2000.00 darab 12 bulan
4 Jumlah penolakan setahun : RM26400.00
Pendapatan ( A)- Perbelanjaan ( B) RM 26,400.00
Zakat=RM26400.00 darab 2.5% : RM 660.00 (setahun)
: RM 55.00 (setahun)
*`Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.
Zakat Saham
Definisi:
Wang yang dilaburkan dalam sesebuah syarikat atau perniagaan sebgai bukti pemilikan sesebuah perniagaan.Nisab dan kadar zakat saham sama seperti zakat wang simpanan.
Pengiraan Zakat Saham
Pertama:Saham yang disenaraikan
Contoh:Amanah Saham Nasional (ASN),Amanah Saham Johor (ASJ) dan Saham Di Bursa Saham.
Formula Pengiraan
Harga seunit belian semasa darab jumlah unit saham yang dimiliki darab 2.5 % = Jumlah Zakat
Contoh Pengiraan
10,00.00 unit saham darab RM 0.66 (belian semasa) darab 2.5% = RM165.00
Kedua : Saham yang tidak disenaraikan
Contoh: Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Wawasan
Formula pengiraan
Baki terendah darab 2.5% =Jumlah Zakat
Zakat Emas
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti cincin,rantai,gelang,piala dan sebagainya yang dipakai atau dipamerkan
Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram
Pengiraan
Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.Sekiranya cukup nisbah 85 gram (emas) atau 595 gram (perak),maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5 % atas nilai emas dan perak tersebut.
Contoh pengiraan.
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM 6000.00
(Pada nilai semasa)zakat yang wajib dikeluarkan adalah
:RM 6000.00 darab 2.5% =RM 15000
Perhiasan emas yang dipakai
Emas yang dipakai sama ada sekali-kala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan KECUALI jika melebihi uruf ( nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.
Zakat Pertanian
Bijiran adalah hasil tanaman yang menjadi makanan utama dan ruji pada sesebuah negeri,mengenyangkan dan tahan lama seperti padi,gandum,jagung,sekoi,kacang dan seumpamanaya.
-Buah-buahan adalah seperti kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
-Bagi Negara misalnya Malaysia,Bijirin lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi.
-Hasil pertanian seperti kelapa,sawit,kopi,sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
-Tidak diisyaratkan sempurna haul.Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.
Nisab bijirin dan buah-buahan
5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia 816.75 kilogram
1 Tahil = 37.5 g
1 Katil = 60000 g = 600 tahil
1 Gantang = 3 Kati 12 tahil = 2.25 kg
Waktu berzakat
Dikelaurkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik / dituai dan diproses.Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.
Kadar wajib zakat
-5 % atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.
-10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.
Zakat ternakan
Ternakan yang diwajibkan zakat
-Unta
-Lembu / Kerbau
-Kambing/ Biri-biri
Syarat wajib
Selain daripada 5 syarat utama zakat,hendaklah haiwan itu:
-Dipelihara di padang ternakan
-Tidak digunakan untuk berkerja.
Sifir Pengiraan Zakat
Kadar Zakat
Nisab Jumlah Jantina Umur
30-39 1 1 Jantan @ 1 Betina 1 Tahun
40-49 1 1 Betina 1 Tahun
60-69 2 2 Jantan 1 Tahun
70-79 2 1 Jantan @ 1 Betina 1 & 2 Tahun
Sifir Pengiraan Kambing:
Kadar Zakat
Nisab Jumlah Jantina Umur
40-120 1 Jantina /Betina 1 Tahun
121-200 2 Jantina / Betina 1 Tahun
201-300 3 Jantan / Betina 1 Tahun
301-4004 Jantan / Betina 1 Tahun
ZAKAT DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN
*Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967,Seksyen 6A(1) dan (3) :
Menyatakan bahawa setiap mereka yang membayar zakat ditolak atau dikecualikan kadar tersebut dan membayar cukai pendapatan.
*Untuk mendapatkan rebet,anda perlu membuktikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perkara tersebut :
1.Zakat Harta atau fitrah hendaklah di bayar dalam tahun semasa bagi tahun taksiran
2-Resit rasmi zakat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama (Majlis Agama Islam Negeri Johor).
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me