Isnin, 20 Februari 2012

Isnin, 13 Februari 2012

Valentine Day Menurut Pandangan Islam





Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.

Sejarah Valentine

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.

Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Pandangan Islam

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?

Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

sumber dipetik daripada http://ohmalaysia.com

Jumaat, 10 Februari 2012

Gambar sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Tinggi











Mutiara Kata Jumaat

Daripada Abu Qatadah ,pernah ditanyakan kepada Rasullullah S.A.W tentang puasa pada hari Isnin,Maka Baginda S.A.W menajawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku lahir,padanya aku dibangkitkan menjadi rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku
(Hadis Riwayat Muslim)

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Kami,warga kerja MAIJKT ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam.

Sabtu, 4 Februari 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Kota Tinggi

Kepada muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kota Tinggi yang diadakan di Perkarangan Masjid Jamek Kota Tinggi pada 5 Februari 2012 jam 8.00 pagi - 12.00 tghari.

Aturcara majlis seperti dibawah:

7.00 pagi     - Ketibaan para tetamu di Masjid Bandar Kota Tinggi.
                    -Ketibaan kontijen di persimpangan lampu isyarat Surau Bandar Kota Tinggi
7.30 pagi     - Ketibaan ketua-ketua jabatan
8.00 pagi     - Keberangkatan tiba Y.A.M Tunku Abd Rahman Ibni Sultan Ibrahim
8.30 pagi     - Kontijen tiba di perkarangan masjid
                   - Santapan pagi
9.00 pagi     - Bacaan Al-quran oleh: Tuan Haji Kasiman Bin Yamin Qari Daerah Kota Tinggi.
                   - Bacaan berzanji oleh : Ustaz Amin Jefry Bin Sipon,
                   - Selawat
                   - Bacaan doa oleh: As-Syeikh Hj Mohd Taufik Bin Dato' Kiai Hj Shamsudin Kadi Daerah
                   - Ucapan perasmian oleh Tuan Hj Islamin Bin Karim,Pegawai Daerah Kota Tinggi.
                   - Ceramah Maulidur Rasul oleh Sohibul Fadhilah Tuan Hj Yosree Bin Ikhsan,KPP Bahagian Penyelidikan JAJ   
                   - Majlis Penyampian hadiah bagi pemenang kontijen perarakan maulidur rasul
10.30 pagi   - Santapan dan jamuan
                   - Keberangkatan pulang Y.A.M Tunku Abd Rahman Ibni Sultan Ibrahim
                   - Bersurai