Fidyah



PENGERTIAN FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Alllah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud :
“…. Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”
Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

KADAR FIDYAH
1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak beras = 1 mud bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa di bahagi 4 RM…./4 = RM…(nilai 1 cupak beras)






GOLONGAN DIKENAKAN FIDYAH
GOLONGAN
DENDA DIKENAKAN
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syarie (musafir, haid atau nifas / wiladah) sakit yang tiada harapan sembuh.
Wajib Qada’ puasa sekiranya datang Ramadahan berikutnya dia tidak mengganti puasa maka wajib dia qada’ puasa dan membayar fidyah.
Orang yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa
Tidak Wajib qada’ puasa wajib membayar fidyah pada tahun tersebut
Ibu hamil yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab :
1 – Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja atau
2 – Bimbangkan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya
Wajib Qada’ puasa
Tiada Wajib membayar Fidyah.
Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak mengantikan puasanya maka wajib dia Qada’ puasa dan membayar fidyah.
Ibu hamil yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab bimbangkan kesihatan janinnya / anaknya sahaja
Wajib Qada’ puasa
Wajib bayar fidyah
Orang yang meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya
Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris- warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan




PERMASALAHAN 1
Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 Tahun berturut- turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :
Ø Tahun 2007 tinggal puasa 6 hari
Ø Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari
Ø Tahun 2009 tinggal puasa 7 hari
Langkah 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun
          2007 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 3 tahun
          2008 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 2 tahun
          2009 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 1 tahun

Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagikan dengan 4 ( nilai 1 cupak beras)


Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitarh Semasa

Jumlah
2007 – 2010 3 Tahun
x
6
x
RM 7.50
/4
RM 37.18
2008 – 2010 2 Tahun
X
5
X
RM 7.50
/4
RM 18.75
2009 – 2010 1 Tahun
x
7
x
RM 7.50
/4
RM 13.12
                        JUMLAH KESELURUHAN             RM 65.62



PERMASALAHAN 2

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :
Ø Tahun 2007 tinggal puasa 5 hari
Ø Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari
Ø Tahun 2009 tinggal puasa 5 hari

LANGKAH 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun
          2007 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 3 tahun
          2008 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 2 tahun
          2009 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 1 tahun

Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagikan dengan 4 ( nilai 1 cupak beras)


Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitarh Semasa

Jumlah
2007 – 2010 3 Tahun
x
5
x
RM 7.50
/4
RM 28.18
2008 – 2010 2 Tahun
X
5
X
RM 7.50
/4
RM 18.75
2009 – 2010 1 Tahun
x
5
x
RM 7.50
/4
RM 9.37
                             JUMLAH KESELURUHAN             RM 56.24

PERMASLAHAN 3
Seseorang meninggalkan puasa pada tahun 2005 sebanyak 2 hari. Kemudian pada tahun berikutnya beliau berpuasa sepertimana biasa. Setelah berakhirnya Ramadhan 2010,
Ø Beliau berhasrat bagi menggantikan 2 hari puasa yang ditinggalkan pada tahun 2005
Atau
Ø Beliau telah menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebanyak 2 hari pada tahun 2005.

Maka jumlah fidyah yang dikenakan adalah berpandukan penyelesaian berikut :
Jumlah Fidyah akan berganda mengikut jumlah bilangtan tahun yang ditinggalkan sehingga puasa tersebut diganti, TETAPI puasa yang wajib diganti hanyalah 2 hari sahaja mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitrah Semasa

Jumlah
2005 – 2010 5 Tahun
X
2
X
RM 7.50
/4
RM 18.75
                                           JUMLAH KESELURUHAN     RM 18.75

PERMASALAHAN 4
Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan pada tahun 2003 sebanyak 8 hari tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan Tahun 2010

Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitrah Semasa

Jumlah
2003 – 2010 7 Tahun
X
8
X
RM 7.50
/4
RM 105.00
                                        JUMLAH KESELURUHAN     RM 105.00

PERMASALAHAN 5
Seseorang meninggalkan puasa selama 6 tahun kerana sakit dan disahkan doktor tidak boleh berpuasa serta tiada harapan sembuh

Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitrah Semasa

Jumlah
6Tahun
X
30
X
RM 7.50
/4
RM 337.50
                                         JUMLAH KESELURUHAN     RM 337.50
PERMASALAHAN 6
Seseorang meninggalkan puasa kerana sakit dari tahun 2001 serta disahkan doktor tidak boleh berpuasa dan tiada harapan sembuh kemudian telah meninggal dunia selepas Ramadhan pada tahun 2005.
Kemudian waris menyatakan hasrat ingin membayar fidyah bagi si mati selepas ramadhan 2010



LANGKAH PENGIRAAN
Tahun tingal puasa bagi si mati hanya diambil kira bermula dari si mati meninggalkan puasa sehingga meninggal dunia sahaja (Ramadhan 2001 – Ramadhan 2005) Oleh itu jumlah tahun ditinggalkan puasa adalah Ramadhan 2001 hingga masuk Ramadhan 2005 bersamaan 4 tahun

Jumlah Tahun

Jumlah Hari

Zakat Fitrah Semasa

Jumlah
Ramadhan (2001 – 2005) 4 Tahun
X
20
X
RM 7.50
/4
RM 150.00
                                 JUMLAH KESELURUHAN     RM 150.00



KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran boleh dijelaskan di kaunter MAIJ Daerah Secara TUNAI / CEK