Jumaat, 30 Disember 2011

Hol Almarhum Sultan Iskandar




Ertinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

Ahad, 25 Disember 2011

Hukum menyambut Krismas bagi orang Islam









Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.

Nabi Isa Tidak Disalib

Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa istimewa yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran amat yang luar biasa apabila ibunya, Maryam terpilih untuk dihidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya ketika itu belum pernah berkahwin. Malah, Maryam berasa sangat hairan apabila menerima khabar ini. Bahkan beliau tidak pernah langsung disentuh oleh mana-mana lelaki. Tetapi, ia dijawab dengan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah S.W.T. berkuasa ke atas segala sesuatu.FirmanNya :

Maksudnya : (ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang Yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil Dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang Yang soleh. Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ‘, lalu menjadilah ia.” (Surah Ali ‘Imran: 45-47)

Suatu perkara pelik berlaku kepada Nabi Isa a.s. apabila mampu berkata-kata ketika masih kecil dan sungguh mengejutkan penduduk kawasan setempat pada waktu itu. Perkara ini ada disebutkan dalam ayat yang telah dibacakan sebelum ini. Tatkala ibunya Maryam ditohmah masyarakat berikutan peristiwa kelahiran seorang bayi yang tidak berbapa sedangkan mereka mengetahui bahawa Maryam masih seorang gadis sunti yang belum pernah berkahwin, Allah mendatangkan pembantu melalui anaknya sendiri yang membela ibunya. Nabi Isa a.s. berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikanku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadahu, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. ” (Surah. Maryam: 30-33)

Begitulah kisah kelahiran agung yang cukup luar biasa di dalam Al-Quran yang jelas bertentangan dengan kepercayaan masyarakat Kristian yang mengangkat baginda sebagai tuhan mereka. Malah baginda sendiri menolak dan menafikan sekerasnya kepercayaan orang kafir ini seperti yang terakam di dalam Al-Quran :

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya).Jika aku pernah mengatakan Maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya Yaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau menangkatku, Engkau-lah yang mengawasi mereka, dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah Al-Ma’idah: 116-117)

Bukan itu sahaja, malah baginda sebenarnya tidak pernah dibunuh atau disalib tetapi hanya diserupakan muka baginda dengan salah seorang pengikutnya. Dakwaan berani ini telah direka-reka dan dinisbahkan kepada baginda serta menjadi anutan penganut agama ini sehingga ke hari ini. Perkara sebenar yang berlaku kepada baginda ialah diangkat ke langit sebelum akan diturunkan semula sebagai antara tanda besar hari kiamat. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: “Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisaa’ ayat 157-158).

Kebangkitan semula Nabi Isa a.s. pula ada diceritakan pada beberapa hadith Nabi S.A.W., antaranya :
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ قَالُوا حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ قَالَ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا فَيَقُولُ لَا إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami al-Walid bin Syuja’ dan Harun bin Abdullah serta Hajjaj bin asy-Sya’ir mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Hajjaj -yaitu Ibnu Muhammad- dari Ibnu Juraij dia berkata, ” Abu az-Zubair telah mengabarkan kepadaku, bahwa ia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan senantiasa ada dari umatku sekelompok orang yang berperang di atas kebenaran, mereka akan selalu nampak hingga hari kiamat.” Beliau bersabda lagi: “Lalu turunlah Isa putra Maryam, lalu pemimpin mereka berkata, ‘Kemarilah, pimpinlah kami shalat.” Isa lalu berkata, ‘Tidak, sesungguhnya sebagaian kalian atas sebagian yang lain adalah pemimpin, sebagai bentuk pemuliaan Allah terhadap umat ini’.” (Hadith ke-225 riwayat Imam Muslim)

Allah S.W.T. turut menegaskan didalam kitabNya bahawa Nabi Isa a.s. hanyalah manusia biasa yang diangkat menjadi seorang rasul seperti rasul-rasul sebelumnya dan bukanlah tuhan seperti yang diagung-agungkan oleh para penganut agama Kristian. Firman Allah :

Maksudnya: “Tidaklah Al-Masih putera Maryam itu melainkan hanyalah seorang Rasul yang mana telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar. Kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al-Ma’idah: 75)
Hukum Sambutan Hari Krimas Oleh Umat Islam
Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Manakala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.
“Christmas Day” menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ; Pertama : Jesus sebagai anak Allah dan kedua : pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.
Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?
Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :
1) Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :
Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.
Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”).
Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.
Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :
• Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka.” “Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka” (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)
• Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.(Surah Al-Mumtahanah ayat 1)
• Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu, seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaid bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari ‘Aisyah berkata, “Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu’ats.” ‘Aisyah menlanjutkan kisahnya, “Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, “Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam!” Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya ‘Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita.” (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)
Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan Allah, maka tidak harus kita menyertainya.
2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :
Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.
Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).
Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Maksudnya : dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa’ ayat 86)

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)
Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.
Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :
1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.
2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.
Rujukan :
1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Sunan Abi Daud, karangan Abu Da’ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Al-Majmu’, karangan Imam An-Nawawi.
7. Ahkam Ahli Zimmah, karangan Imam Ibnu Qayyim.
8. Al-Bidayah Wa An-Nihayah, karangan Imam Ibnu Kathir.
9. Tasamuh Fi Hadarah Islamiyah, karangan Dr Ikrimah Sobri.

Sabtu, 26 November 2011

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kota Tinggi Bagi Tahun 1433H / 2011 M

Tarikh : 26 November 2011 / 30 Zulhijjah 1432H
Hari : Sabtu
Masa : 5.00 petang - 9.00 malam

Aturcara majlis:

5.45 ptg  -  Ketibaan dif-dif jemputan di dalam masjid
               -  Ketibaan Yang Berbahagia Pegawai Daerah Kota Tinggi
               -  Bacaan yasin, tahlil dan doa akhir tahun 1432H

6.54 ptg  -  Solat maghrib berjemaah
               -  Bacaan doa awal tahun 1433H
               -  Solat hajat
               -  Mini forum Maal Hijrah 1433H
                   Pengerusi: As-Syeikh Hj Mohd Taufik Bin Dato' Kiai Hj Shamsudin
                                          (Kadi Daerah Kota Tinggi)
                  Ahli panel : Tuan Hj Ahmad Mazlan Bin Hj Ghouth
                                    (AMMG Traning Services Sdn Bhd)
                                    Tuan Hj Pairus Bin Ali Akhbar
                                    (Pendakwah bebas)

8.08 mlm  -  Azan isyak berkumandang
                -  Mini forum diteruskan
                -  Penyampaian cenderahati kepada masjid dan surau cemerlang
                -  penyampaian cenderahati kepada Tokoh Maal Hijrah (saudara baru)

8.45 mlm  - Solat Isyak berjemaah.
                -  Jamuan dan bersurai

Selasa, 22 November 2011

Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Sedikit biodata mengenai Sultan Johor


Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. Ibunya isteri pertama Sultan Iskandar, Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow). Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Di samping itu, baginda belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah II kerabat diraja negeri Perak pada 1982. Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (Tunku Mahkota Johor), Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

(sumber dipetik daripada wikipedia)

Isnin, 21 November 2011

Majlis Bacaan Yasiin,Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 1432H /2011 M

Tarikh : 21 November 2011 / 25 Zulhijjah 1432H
Hari : Isnin
Masa : 6.00 petang - 8.30 malam



Aturcara majlis:


6.00 ptg   -    Dif-dif mengambil tempat dalam masjid

6.30 ptg   -    Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi
                     (Tuan Haji Ismail Bin Abd Karim)

6.52 ptg   -    Solat maghrib berjemaah
                -    Solat hajat
                -    Bacaan yasiin,tahlil dan doa kesyukuran
                -    Tazkirah oleh Tuan Hj Hanapiah Bin Abdul Razak
                      (Pegawai Falaq Jabatan Mufti Negeri Johor)

8.05 mlm  -    Solat isyak berjemaah
                -    Jamuan dan bersurai

 

Jumaat, 4 November 2011

Salam Aidiladha 1432H

Dalam diam, antara fikiran masih dibuai mimpi,tanpa kita sedar Aidiladha kembali bertemu kita. Tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya Korban. Kepada mereka yang berjaya pergi ke Mekah untuk mengerjakan HAJI diucapkan alhamdulillah dan tahniah. Hari ini semua jemaah haji sedang bersiap sedia untuk pergi ke Arafah, seterusnya menuju ke Muzdalifah dan seteruskan akan bergerak ke Mina untuk melontar. Kepada sesiapa yang tidak dapat pergi te Tanah Haram, sama-samalah kita berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana puasa pada hari tersebut adalah sunah nabi.

KAMI DARI WARGA MAIJ KOTA TINGGI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 


Selasa, 1 November 2011

Kuliah MAIJ Daerah Kota Tinggi bagi bulan November 2011

Pada setiap minggu akan di adakan kuliah mengenai Ibadah Zakat & Wakaf dalm membangunkan Ekonomi Ummah.Turut serta disediakan kaunter saham wakaf bagi memudahkan jemaah untuk membuat pembayaran.

Tarikh                      Lokasi                                   Penceramah        
03/11/2011              Masjid Felda Air Tawar 1        Ustaz Fairuz Bin Ali Akhbar
(Khamis)                

08/11/2011              Masjid Felda Air Tawar 4        As-Syeikh Hj. Mohd Taufik Bin Dato' Kiai Hj Shamsudin
(Selasa)

23/11/2011              Masjid Jamek Kota Tinggi       As-Syeikh Hj. Mohd Azman Bin Mohsin
(Rabu)

29/11/2011              Surau Felda Tunggal                Ustaz Azlan Bin Abdullah
(Selasa)

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Umumnya semua mengetahui bahawa negara MALAYSIA merdeka pada 31 Ogos 1957,namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang Hari Malaysia.Bagi pelajar,pekerja sektor kerajaan dan seangkatan dengannya 16 September CUTI tapi adakah semua tahu apa itu Hari Malaysia.
Hari Malaysia merupakan peristiwa dimana Malaya(Semenanjung Malaysia),Sarawak,Singapura dan Borneo Utara (Sabah) bersatu menjadi MALAYSIA pada 16 September 1963


*sumber dipetik daripada Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54

Tanggal 31 Ogos 2011 genap 54 tahun negara  kita mencapai kemerdekaan dari pihak penjajah. Alhamdulillah dengan segala kemakmuran dan keamanan yang dikecapi sekarang kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban bagi mencapai kemerdekaan,antaranya Mat Kilau,Tok Bahaman,Tok Janggut dan seangkatan dengannya....MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA.

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidulfitri 1432H

 Kami dari Warga MAINJ KOTA TINGGI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir Dan Batin 

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak,semoga pada tahun ini kita dapat sama-sama melakukan amal kebajikan.Dari kami MAINJ Kota Tinggi

Isnin, 18 Julai 2011

Program Forum Zakat Di Penempatan Felda, Kota Tinggi

Objektif:

  • Memberi kefahaman berkaitan kewajipan menunaikan ibadah zakat kepada warga FELDA,ahli kariah masjid dan surau.
  • Dapat memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama membantu asnaf memperbaiki mutu kehidupan mereka.
  • Mempertingkatkan hasil kutipan zakat di Negeri Johor agar selari dengan perancangan yang dibuat.
  • Menambah hasil kutipan MAINJ dengan membuka kaunter Zakat Harta dan Saham Wakaf ketika program berlangsung.
Tarikh dan Tempat:
  1. Masjid Jamek Felda Semenchu,Kota Tinggi         22 Julai 2011        7.45 mlm
  2. Masjid Jamek Felda Bukit Besar,Kota Tinggi       27 Julai 2011        7.45 mlm
  3. Masjid Jamek Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi      29 Julai 2011        7.45 mlm
*Kaunter Saham Wakaf turut disediakan bagi jemaah membuat pembayaran Saham Wakaf

    Isnin, 11 Julai 2011

    Program Penghayatan Ibadah Zakat Dan Lambaian Ramadhan

    Tarikh: 15 Julai 2011
    Tempat: Masjid Jamek Felda Semenchu,Kota Tinggi
    Masa: 7.45 malam (selepas solat maghrib) 

    * Kaunter Saham Wakaf turut disediakan bagi jemaah membuat pembayaran Saham Wakaf

    Isnin, 4 Julai 2011

    Penghayatan Israk Mikraj Dan Ibadah Zakat

    Tarikh: 06 Julai 2011 Rabu
    Tempat: Masjid Jamek Al-Syifa,Bandar Penawar
    Masa: 7.45 malam (selepas solat maghrib) 

    * Kaunter Saham Wakaf turut disediakan bagi jemaah membuat pembayaran Saham Wakaf

    Isnin, 27 Jun 2011

    Program Forum Zakat Di Penempatan Felda, Kota Tinggi

    Objektif:

    • Memberi kefahaman berkaitan kewajipan menunaikan ibadah zakat kepada warga FELDA,ahli kariah masjid dan surau.
    • Dapat memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama membantu asnaf memperbaiki mutu kehidupan mereka.
    • Mempertingkatkan hasil kutipan zakat di Negeri Johor agar selari dengan perancangan yang dibuat.
    • Menambah hasil kutipan MAINJ dengan membuka kaunter Zakat Harta dan Saham Wakaf ketika program berlangsung.
    Tarikh dan Tempat:
    1. Masjid Jamek Felda Lok Heng Barat                    29 Jun 2011        7.45 mlm
    2. Masjid Jamek Felda Air Tawar 2,Kota Tinggi       27 Jun 2011        7.45 mlm
    3. Masjid Jamek Bandar Penawar,Kota Tinggi          29 Jun 2011        7.45 mlm

    *Kaunter Saham Wakaf turut disediakan bagi jemaah membuat pembayaran Saham Wakaf

      Jumaat, 10 Jun 2011

      Selamat Pengantin Baru Norhisam & Nurul Akhma

      Tanggal 3 Jun 2011, staff baru MAINJ Kota Tinggi Norhisam Bin Yusop (W17) telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya Nurul Akhma Binti Hj Omar. Majlis berlangsung pada 4 Jun 2011 (rumah pihak perempuan) dan 5 Jun 2011 (rumah pihak lelaki) di Semerah,Batu Pahat,Johor


      Rabu, 1 Jun 2011

      Jawatan Tetap.

      Pada 1 Jun 2011 senarai pemohon jawatan tetap bagi MAINJ setiap daerah telah dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya diharap bersabar dan terus mencuba lagi.

      Senarai staff MAINJ Kota Tinggi yang kekal di MAINJKT:
      1. En. Idris Bin Mas'od (W27)
      2. En. Mohd Saufi Bin Maskor (S17)
      3. Puan Azidah Binti Ahmad (N17)
      Senarai staff MAINJ Kota Tinggi yang baru:
      1. En. Mohd Firdaus Bin Abd Hamid (S41)
      Senarai staff MAINJ daerah lain yang berpindah ke Kota Tinggi:
      1. En.Norhisam Bin Yusop (W17) dari MAINJ Pasir Gudang
      2. En Hj Hanafiah Bin Ma'arof (S17) dari MAINJ Pontian
      3. En Samsi Bin Kassim (R3) dari MAINJ Mersing
      Senarai staff MAINJ Kota Tinggi yang berpindah ke daerah lain:
      1. En. Farhan Bin Ma'an (S17) berpindah ke MAINJ Ledang
      Senarai staff kontrak MAINJ Kota Tinggi yang baru dan lama:
      1. Puan Norhafizah Binti Musa (N27)
      2. En. Muhammad Zaki Bin Adon @ Mohd Don (S17)
      3. En. Khairul Hazwani Bin Tabrani (S27)
      4. En. Asri Bin Jaafar (S17)

      Selamat Tinggal....

      Tanggal 1 Jun 2011 seorang staff MAINJ Kota Tinggi telah berpindah ke MAINJ Ledang. Mohd Farhan Bin Maan telah berkhidmat di Kota Tinggi selama lebih kurang 2 tahun. Selamat Tinggal Ustaz Farhan dan selamat menjalankan tugas baru di sana

      Sabtu, 28 Mei 2011

      Selamat Pengantin Baru Asri & Nurulazurafarahliza

      Tanggal 28.Mei.2011 staff MAINJ Kota Tinggi Asri Jaafar (S17 Bantuan) telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya Nurulazurafarahliza. Majlis berlangsung pada 28.Mei.2011(rumah pihak perempuan) dan 5.Jun.2011 (rumah pihak lelaki) di Johor Bahru






      Isnin, 2 Mei 2011

      KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.

      Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
      Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
      Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
      "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
      Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
      Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
      Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
      "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
      Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
      Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
      Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
      Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
      Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
      "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
      Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
      Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
      Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
      Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
      Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
      Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
      Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
      Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
      Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
      Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
      Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
      Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
      Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
      Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
      Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
      Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
      Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
      Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
      Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

      Khamis, 28 April 2011

      Tahniah Puan Norhafizah Binti Musa

      Pada 27.April.2011,staff MAINJ Kota Tinggi Puan Norhafizah Binti Musa telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada jam 4.00 ptg di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru.Anak kedua dan merupakan putera sulung itu diberi nama Ungku Muhammad Isyraf Fareed Bin Ungku Iskandar Niza.

      Isnin, 25 April 2011

      Program Khidmat Kemasyarakatan (Insaniah) Zakat Perkasa Ummah Sejahtera

      Tarikh: 27 April 2011 @ 23 Jamadil Awal 1432 H
      Tempat: Kampung Tanjung Surat, Kota Tinggi
      Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

      Aturcara Majlis:

      8.00 pagi             :     Para peserta berkumpul di jeti Tanjung Belungkor dan menaiki bot ke Kampung Tanjung Surat
      8.30 - 9.00 pagi  :     Minum pagi
      9.00 - 9.15 pagi  :     Taklimat program
      9.15 - 12.00 tgh  :     Gotong Royong (mengecat dan membersihkan Kawasan Masjid Kg. Linting dan membersihkan tanah perkuburan Kg. Tg Surat) 
      12.00 tgh            :     Majlis perasmian dan penutup
       
       
      * Peserta diharap datang awal supaya tidak ketinggalan menaiki bot
      * Peserta yang mahu datang awal,sila hubungi pihak kami. Penempatan disediakan. 


      Isnin, 7 Mac 2011

      Selamat Pengantin Baru Muhammad Zaki & Nur Illi

      Tanggal 4.Mac.2011 staff MAINJ Kota Tinggi Muhammad Zaki Bin Adon (S17 Bantuan) telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya Nur Illi Binti Musa. Majlis berlangsung pada 5.Mac.2011(rumah pihak perempuan) dan 6.Mac.2011 (rumah pihak lelaki) di Muar,Johor

      Jumaat, 18 Februari 2011

      Jawatan Kosong di MAINJ

      Terdapat 20 jawatan kekosong yang diberikan oleh MAINJ. Tarikh tutup permohonan pada 17 Mac 2011. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.maij.gov.my/ 

      Selasa, 15 Februari 2011

      Salam Maulidur Rasul




      Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
      Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
      Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
      Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
      Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


      * sumber dipetik Wikipedia

      Rabu, 5 Januari 2011

      Kakitangan MAIJKT 2011

      As-Syeikh Hj. Mohd Taufik Bin Dato' Kiai Hj. Shamsudin - Tuan Kadi Daerah 


      Puan Norhafizah Binti Musa - Penolong Pegawai Tadbir



       Puan Norhaslina Binti Mohamd Razali - Pembantu Tadbir


      Puan Azidah binti Ahmad - Pembantu Tadbir


      Mohd Farhan Bin Maan - Pembantu Hal Ehwal Islam

      Mohamad Saufi Bin Maskor - Pembantu Hal Ehwal Islam


      Encik Idris Bin Mas'od - Penolong Pegawai Penaksir


      Muhammad Zaki Bin Adon @ Mohd Don - Pembantu Hal Ehwal Islam

      Sabtu, 1 Januari 2011

      Selamat Datang

      Kini Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kota Tinggi mengorak selangkah lagi bagi memberi infomasi berkenaan zakat serta aktiviti terkini yang diadakan oleh MAIJKT.