Selasa, 22 November 2011

Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Sedikit biodata mengenai Sultan Johor


Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. Ibunya isteri pertama Sultan Iskandar, Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow). Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Di samping itu, baginda belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah II kerabat diraja negeri Perak pada 1982. Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (Tunku Mahkota Johor), Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

(sumber dipetik daripada wikipedia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan