Isnin, 21 November 2011

Majlis Bacaan Yasiin,Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 1432H /2011 M

Tarikh : 21 November 2011 / 25 Zulhijjah 1432H
Hari : Isnin
Masa : 6.00 petang - 8.30 malam



Aturcara majlis:


6.00 ptg   -    Dif-dif mengambil tempat dalam masjid

6.30 ptg   -    Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi
                     (Tuan Haji Ismail Bin Abd Karim)

6.52 ptg   -    Solat maghrib berjemaah
                -    Solat hajat
                -    Bacaan yasiin,tahlil dan doa kesyukuran
                -    Tazkirah oleh Tuan Hj Hanapiah Bin Abdul Razak
                      (Pegawai Falaq Jabatan Mufti Negeri Johor)

8.05 mlm  -    Solat isyak berjemaah
                -    Jamuan dan bersurai

 

Jumaat, 4 November 2011

Salam Aidiladha 1432H

Dalam diam, antara fikiran masih dibuai mimpi,tanpa kita sedar Aidiladha kembali bertemu kita. Tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya Korban. Kepada mereka yang berjaya pergi ke Mekah untuk mengerjakan HAJI diucapkan alhamdulillah dan tahniah. Hari ini semua jemaah haji sedang bersiap sedia untuk pergi ke Arafah, seterusnya menuju ke Muzdalifah dan seteruskan akan bergerak ke Mina untuk melontar. Kepada sesiapa yang tidak dapat pergi te Tanah Haram, sama-samalah kita berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana puasa pada hari tersebut adalah sunah nabi.

KAMI DARI WARGA MAIJ KOTA TINGGI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 


Selasa, 1 November 2011

Kuliah MAIJ Daerah Kota Tinggi bagi bulan November 2011

Pada setiap minggu akan di adakan kuliah mengenai Ibadah Zakat & Wakaf dalm membangunkan Ekonomi Ummah.Turut serta disediakan kaunter saham wakaf bagi memudahkan jemaah untuk membuat pembayaran.

Tarikh                      Lokasi                                   Penceramah        
03/11/2011              Masjid Felda Air Tawar 1        Ustaz Fairuz Bin Ali Akhbar
(Khamis)                

08/11/2011              Masjid Felda Air Tawar 4        As-Syeikh Hj. Mohd Taufik Bin Dato' Kiai Hj Shamsudin
(Selasa)

23/11/2011              Masjid Jamek Kota Tinggi       As-Syeikh Hj. Mohd Azman Bin Mohsin
(Rabu)

29/11/2011              Surau Felda Tunggal                Ustaz Azlan Bin Abdullah
(Selasa)

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Umumnya semua mengetahui bahawa negara MALAYSIA merdeka pada 31 Ogos 1957,namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang Hari Malaysia.Bagi pelajar,pekerja sektor kerajaan dan seangkatan dengannya 16 September CUTI tapi adakah semua tahu apa itu Hari Malaysia.
Hari Malaysia merupakan peristiwa dimana Malaya(Semenanjung Malaysia),Sarawak,Singapura dan Borneo Utara (Sabah) bersatu menjadi MALAYSIA pada 16 September 1963


*sumber dipetik daripada Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54

Tanggal 31 Ogos 2011 genap 54 tahun negara  kita mencapai kemerdekaan dari pihak penjajah. Alhamdulillah dengan segala kemakmuran dan keamanan yang dikecapi sekarang kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban bagi mencapai kemerdekaan,antaranya Mat Kilau,Tok Bahaman,Tok Janggut dan seangkatan dengannya....MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA.

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidulfitri 1432H

 Kami dari Warga MAINJ KOTA TINGGI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir Dan Batin 

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak,semoga pada tahun ini kita dapat sama-sama melakukan amal kebajikan.Dari kami MAINJ Kota Tinggi